Monday, February 28, 2011

Cabul sebelum rotan



BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka.
BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka. 

KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.
Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.
Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.

“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.

“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.

Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.

“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.
“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.

“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.

“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.

“Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.

Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .

Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

p/s: petikan dari harian metro...
macam2 la dunia sekarang nie..
cikgu yang nak jadi pendidik akhlak pn leh cabul pelajar sendiri..
kalo bukan cikgu yang mendidik akhlak kite sapela lagi kan..
mcm2 la dunia2..huh

Read More

Tweet This

Liverpool tumbang



PEMAIN tengah West Ham, Scott Parker meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Thomas Hitzisperger (kanan) pada aksi Liga Perdana England menentang Liverpool di Upton Park semalam. West Ham menang 3-1.



LONDON – Keghairahan Liverpool di bawah kendalian Kenny Dalglish rupa-rupanya hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja apabila mereka kembali mencatat
kekalahan memalukan semalam.
Tidak sampai sebulan Dalglish dilantik menggantikan Roy Hodgson, tanda-tanda kejatuhan hadir semula menghantui Liverpool apabila tewas 1-3 kepada West Ham United.
Walaupun menurunkan kesebelasan terbaik kecuali Andy Carroll yang masih cedera, ia langsung tidak membantu The Reds mempamerkan aksi seperti yang diharapkan pada aksi Liga Perdana England di Upton Park itu.
Sebaliknya, West Ham yang tidak diletakkan harapan langsung untuk melakar kemenangan di hadapan penyokong sendiri dilihat lebih menonjol mendominasi permainan.
Hasilnya, West Ham yang menghuni tangga tercorot liga sebelum perlawanan itu, berjaya meledak tiga gol menerusi Scott Parker pada minit ke-22, Demba Ba (45) dan Carlton Cole ketika perlawanan memasuki masa kecederaan. 

Gol sagu hati Liverpool pula dijaringkan oleh pemain pertahanan, Glenn Johnson pada minit ke-84.
Langkah Dalglish menurunkan Luis Suarez di bahagian serangan untuk bergandingan dengan Steven Gerrard, Dirk Kuyt dan Raul Meireles ternyata gagal memberi impak besar apabila gagal menembusi kubu tuan rumah.
Biarpun sudah berbelanja besar, pembelian Suarez dan Carroll tidak banyak mengubah kedudukan Liverpool yang kekal menghuni tangga keenam liga selepas beraksi 28 perlawanan.
Kekalahan kepada West Ham semalam merupakan yang pertama buat Dalglish sejak memegang jawatan pengurus awal Februari lalu.

Sebelum ini, mereka berjaya mencatat empat kemenangan dan dua kali seri dalam enam perlawanan terbaru.
Selain menewaskan Chelsea 1-0, Liverpool juga menang 2-0 ke atas Stoke City, Fulham (1-0) dan Wolverhampton Wanderers (3-0).
Keputusan seri pula ketika bertemu Everton (2-2) dan Wigan (1-1) minggu lalu. – Agensi

p/s petikan dari kosmo...
ingatkan liverpool nie dh jadi semakin mantap..
tp kalah gak...biasela bola kan...
semua belum tentu menang ek...


Read More

Tweet This

Sunday, February 27, 2011

Program Earth Hour Malaysia 2011. Jom Sokong!!


salam semua...

earth hour Program Earth Hour Malaysia 2010. Jom Sokong!! 

hari ni nak kongsi sikit mengenai kempen Earth Hour di Malaysia bagi tahun 2011 akan datang lagi. Bersediakah kita “korbankan” satu jam anda di waktu malam hidup tanpa menggunakan tenaga elektrik? Satu jam sahaja. Tidak lama kan? Bukan sahaja negara kita yang akan bergelap  selama satu jam malahan sebahagian negara-negara seluruh dunia turut akan menyertai program Earth Hour di Malaysia bagi tahun 2011 kali ini. Taririkhnya ialah bersamaan 26 Mac 2011 ini.  
Tunjukkan satu sokongan padu dan menyumbang sesuatu kepada Bumi tercinta kita ini melalui earth hour malaysia 2011. Setahun hanya sekali sahaja. Program Earth Hour Malaysia 2011 adalah merupakan penglibatan kedua Malaysia selepas tahun 2009. Kalau hendak diikutkan sumbangan yang dibuat, apala sangat. Sesuatu permulaan yang baik sebenarnya daripada tidak bertindak langsung kan????? Tumbuhan-tumbuhan semestinya akan tersenyum melihat keperihatan kita untuk menjaga Bumi lebih-lebih lagi bertindak pada perubahan iklim yang mendadak ketika ini.

earth hour3 Program Earth Hour Malaysia 2010. Jom Sokong!!

Tujuan program earth hour malaysia 2010 ini adalah untuk mengajak dan menghimpunkan  seberapa ramai penduduk seluruh dunia untuk menjayakan program yang boleh dikatakan menyelamat usia tua Bumi kita ini. Kalau diikutkan keadaan Bumi sekarang ini sudah semakin tercemar dengan terjejas teruk dengan pemanasan global, bencana alam dan kecairan ketulan ais di kutub dan macam-macam lagi.
Earth Hour Malaysia 2011 adalah satu acara simbolik yang dirancang untuk melibatkan penduduk dunia dari segala lapisan masyarakat tentang perubahan iklim untuk menghantar mesej yang kuat kepada para pemimpin politik bahawa kita ingin mereka untuk mengambil tindakan yang bersungguh-sungguh dalam menangani perubahan iklim dunia.
Ini adalah peristiwa terbesar dalam sejarah iklim di mana jutaan orang di seluruh dunia akan bersatu dengan mematikan lampu mereka selama satu jam, Earth Hour, untuk menuntut tindakan tentang krisis iklim.
untuk maklumat lanjut kawan2 boleh lawati laman web nie...earth hour
ingat 26th March ini tau...jangan buat2 lupe plak...
tutup lampu sekejap je tuk selamatkan dunia kite ni daripada tercemar dengan teruknya...
sayangila alam sekitar kite dengan berkorban hanya 1 jam sahaja...
bukan selalu pun kite buatkan...hehe
ok kawan2...bye2

Read More

Tweet This

Thursday, February 24, 2011

HOT AIR BALLOON PUTRAJAYA!!


assalamualaikum semua...

hari nie x tau nak letak ape..
pastu terlihat la satu artikel kat surat khabar pasal hot air balloon kat putrajaya nie...
teringat lagi masa aku pergi dengan membe tahun lepas...tahun 2010
memmmmang syok giler ar..hehe
yelah dapat tgk hot air balloon depan2 mata..
siap bleh pegang lagi tu..
cume x leh naik jelah...
mahal kot nak naik atas tu...
masa pergi putrajaya hari tu..
tgh2 lepak kat taman warisan
adela 2 buah hot air ballon nie jatuh...
ape lagi buat2 tolongla...
masa tu dapat la jugak tolong org tu kempiskan angin dalam ballon tu...
besar kot hot air balloon tu...nak kempiskan je dh makan masa 1 jam...
aku pun dengan bangganya tolong gakla..sebenarnya nak pegang hot air baloon tu je pn..
ape2 jom usha gambo masa aku pergi hari tu...syok oooo...











hah tu die gambo yang sempatla di share tuk hari tu...
kalo nak pegi tahun nie korang usha kat laman web nie....hot air ballon
tahun nie dia buat pada 17 hingga 20 march 2011...
ape lagi jom la kite gegar ramai2 hot air ballon tu..
masuk pun free je..macam2 hot air ballon ade...
contohnya mcm kat bawah nie...hehehe
ni yang paling menarik...darth vader dan macam2 lagi ada...banyak sgt2.....hahaha...



okla kawan2...kalo nak info lanjut pergi website td eh..
ingat 17 HINGGA 20 MARCH TAU... KAT PUTRAJAYA..MASUK FREE...
OK..bye2 sume...





p/s minat iphone...jom tgk promosi iphone yang murah2...iphone

Read More

Tweet This

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia tundukkan Pakistan 2-0


SHAH ALAM: Malaysia menumpaskan Pakistan 2-0 pada saingan ppusingan pertama bola sepak pra-kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Wan Zaharulnizam pada minit ke-3 dan jaringan kedua menerusi Mohd Irfan Fazail pada minit ke-47


update terbaru...
akhirnya malaysia menang lawan pakistan sebentar td..
heheh..
terbaikla pasukan malaysia..
harap2 pusingan kedua nanti malaysia menang gak..
aku tgk bola pun td corak perlawanan malaysia dh semakin mantap...
malaysia banyak menyerang kali nie...
terbaikla malaysia...
pape2 pn...majulah sukan untuk malaysia...
mari kite pakat sokong negara kite plak...
bola malaysia dh mantap dh skrg nie..hehe..
okla...bye2 sume...

Read More

Tweet This

Tuesday, February 22, 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa Bakal Gegarkan Malaysia!!!


hikayat merong mahawangsa

salam sume...
hari ni nak kongsi mengenai filem paling hebat kat malaysia skrg nie..
rasa-rasanya ramai gak yang tahu pasal filem nie..
perghhhh..kalo tgk die punya trailer dh macam cite the lord of the ring dh..
the lord of the ring pn kalah dh dgn cite hikayat merong mahawangsa ni..
aku pun x sabar gak nak tgk cite nie..
ape2 pn kawan2 layan dulu trailers filem nie kat bawah...


Lagi gambar sekitar penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa kat bawah nie..
kalo nak tgk banyak2 gambo lagi pegi kat fb filem nie...Facebook Hikayat Merong Mahawangsa.
macam2 gambo yang lawa ade..
x silap aku filem nie buat pengambaran kat besut terengganu..
perghhh beruntung orang besut leh gi tgk pengambaran nie..
pantai terengganu memang lawa2 pun..
x tercemar langsung...
ape2 pn kawan2 layan dulu gambo2 best2 kat bawah nie...


hikayat merong mahawangsa 

hikayat merong mahawangsa 

hikayat merong mahawangsa 

hikayat merong mahawangsa 

hikayat merong mahawangsa 

hikayat merong mahawangsa

jangan lupe gi tgk filem nie pada 10 mac nie tau..
conform gegar satu malaysia punya filem nie..
okla...bye2...

Read More

Tweet This

Sunday, February 20, 2011

video kelakar oleh matlutfi



salam sume.
hari nie aku nak konsi ckit video kelakar mamat nie..
x tau la kalo korang dh tgk ke blum..
tapi memang kelakar giler la mamat nie..
kreatif giler...
mcm2 idea  mamat nie leh buat sampai gelak2 aku tgk...hahaha
korang tryla usha video kat bawah nie..
layan dulu...




kalo korang nak tgk video matlutfi ni lagi korang tgk link nie...matlutfi
banyak gak die buat video..
sume best2..kalo nak ilangkan tension tu leh layan video nie...hehehe..
ok...bye2 sume...

Read More

Tweet This

Segmen : SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !



Jom sertai segmen baru dari BA
kali nie aku join segmen abg ben plak..
best kalo join segment abg ben nie..
leh dapat ramai2 kawan blogger..
kalo kawan2 nak join klik kat header kat atas tu eh...

Read More

Tweet This

Saturday, February 19, 2011

GIVEAWAY PERTAMA: Jom Blogwalking Contest



TARIKH MULA: 23 Februari 2011
TARIKH TUTUP: 23 Mac 2011
PENYERTAAN: Semua Yang Berminat
kali nie nak join contest blogwalking abg teror plak..
mcm best je contest yang abg teror ni buat..
siap dapat hadiah lagi tu..
manatau nasib leh dapat hadiah tu..
kalo nak join klik kat sini..abgteror
ape2 pun selamat mencuba tuk sume kawan2..
bagi gempak contest abg teror ni..hehe...




p/s:kepada pengguna brodband celcom..klick nie ade promosi..celcom

Read More

Tweet This

"ceq nak join bloglist tomatokering"






1 . buat satu entri tajuk "ceq nak join bloglist tomatokering".
completed

2 . dalam entri tu letak lah banner header ceq tu ek . :)
completed

3 . kalau boleh kritik kritik la blog ni sikit ala-ala mentor gitu . hehe :P
x tau nak kritik ape sangat..just nak kritik kenapa tomato kering x nak singgah ewanrani punya blog n follow ewanrani...hehe..harap2 tomato kering singgah sini n lepak2 kat sini yek..heheh..

4 . dah siap dah ? tinggalkan link korang kat komen entri ni ek . :)
completed 
 

ape lagi kawan2 sume...jom kite terjah tomato kering plak...
kite join ramai2 baru gempakkk gitu..
ok bye2...


Read More

Tweet This

Reen's Diary Giveaway Lahh !..


Assalamualaikum w.b.t.


GiveAway In The House !

dari empunya blog..kak reen

hari nie aku kena tag dengan membe aku iaitu nordin
mcm best la plak main tag nie..
kite tag orang2 yang kite kenal..
leh tolong2 kawan2 kite tu..
harini nak tag sape ek...
aku tag membe serumah sewa aku jelah..

nie die budak tu...
korang jemputla pegi kawan aku punya blog nie...
macam2 info ade..
jemput datang eh..

Read More

Tweet This

Renungan...."Terlebih"



salam sume....
hari ni nak kongsi sikit pasal terlebih,..
cuma nasihat..agar dalam dunia nie jgn terlebih2...
kalo terlebih ade buruknya nanti..
ingat tu jgn terlebih2...
ok layan nie dulu...
baca n fahami yek...

Terlebih garam binasa gulai
Terlebih manis penyakit menanti
Terlebih lada pedas menyengat
Terlebih santan lemak berlapis
Terlebih cuka jeruk menjadi
Terlebih asam pekasam tak busuk
Terlebih air bubur namanya

Terlebih senyum orang tertanya-tanya
Terlebih ketawa takut menangis
Terlebih cakap punca berbohong
Terlebih janji sukar ditunai
Terlebih marah waras kemana
Terlebih puji dusta akhirnya
Terlebih sayang buruk ketepi
Terlebih benci  mula sengketa
Terlebih belanja hutang berlapuk
Terlebih harta baik sedekah
Terlebih simpan kedekut berpanjangan.

Biar terlebih jasa dan bakti
Serendang pohon dapat berteduh
Sehijau padang luas berlari
Sejernih sungai tempat bermandi
Sedingin bayu berhembus selalu
Seharum mawar kembang pagi
Seindah buana ciptaan Ilahi
Kakiku kejap berpijak disini.

ok kawan2 sume baca tau..jangan x baca..
renungan tuk kite bersama...
bye2..

Read More

Tweet This

Friday, February 18, 2011

Chong Wei pula ke Indonesia




LEE CHONG WEI memilih untuk beraksi dalam Liga Super Badminton Indonesia sebagai persiapan menghadapi Seluruh England bulan depan.


ATLET Malaysia nampaknya kini menjadikan Indonesia sebagai destinasi pilihan untuk menimba pengalaman.
Ia bermula dengan pemain bola sepak negara, Mohd. Safee Mohd. Sali yang membuat keputusan beraksi dengan kelab Pelita Jaya dalam Liga Super Indonesia (ISL).
Kini, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pula berbuat demikian.
Alasan mereka sama iaitu mencari suasana baru yang lebih kompetitif.
Chong Wei dilaporkan akan beraksi dalam saingan Liga Super Badminton Indonesia di Surabaya yang bermula 20 hingga 26 Februari.
Keputusan yang diambilnya itu tidak salah dan ia telah disahkan oleh jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek.
Menurut Rashid, memang Chong Wei ada menyatakan hasrat untuk beraksi dalam saingan tersebut sebagai persiapan menghadapi Seluruh England pada Mac depan.
“Chong Wei merasakan di Malaysia saingannya tidak cukup kompetitif dan sebab itu dia mahu beraksi di Indonesia sebagai persiapan menghadapi Seluruh England.
“Lagipun di sini (Malaysia) tidak ada mana-mana pemain yang dapat menandingi Chong Wei. Jadi, tidak salah rasanya Chong Wei menyertai kejohanan di Indonesia itu,” kata Rashid kepada Kosmo! semalam.
Difahamkan, Chong Wei, 29, akan beraksi dengan kelab SGS PLN Bandung. Dia akan bergandingan dengan rakan baiknya, Taufik Hidayat yang merupakan pemain perseorangan utama Indonesia
Bagaimanapun, pemain No. 1 dunia itu hanya akan beraksi selama dua hari dalam saingan Liga Indonesia memandangkan dia bakal menyertai Sirkit Grand Prix (GP) Kebangsaan Akhir 2010 di Terengganu yang bermula pada 18 hingga 21 Februari ini.
Sementara itu, Rashid menuntut pemain-pemain skuad elit negara seperti Tan Chun Seang, Chan Kwong Beng dan Chow Wei Feng mempamerkan aksi terbaik mereka sepanjang berlangsungnya GP Akhir di Terengganu itu.
“Memang sukar buat pemain-pemain ini untuk muncul juara pada kejohanan tersebut memandangkan Chong Wei turut beraksi, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan mengapa mereka tidak boleh turun dengan prestasi terbaik masing-masing.
“Jika tewas sekalipun, janganlah tewas ditangan pemain-pemain lebih rendah tarafnya daripada mereka. Jika itu juga yang berlaku, saya tidak teragak-agak untuk memberikan amaran kepada mereka dan tempoh setahun diberikan untuk kesemua pemain terbabit membuktikan kemampuan masing-masing,” jelas Rashid.
Sebelum ini, Rashid pernah menyuarakan kekecewaannya terhadap prestasi yang dipamerkan Kwong Beng, Liew Darren dan Wei Feng selepas mereka gagal melayakkan diri ke pusingan pertama Terbuka Malaysia 2011 bulan lalu.
Biarpun telah mendapat pendedahan yang secukupnya di pentas antarabangsa, ketiga-tiga pemain itu terkandas pada aksi pusingan kelayakan.

lepas ni chong wei plak nak pergi indonesia..
tapi x pe chong wei pergi untuk mencari pengalaman..
makin banyak pengalaman makin hebat chong wei nie..
ape2 pn harap2 chong wei dapat menang la event2 yang besar seperti olimpik dgn juara dunia..hehe.

Read More

Tweet This

Thursday, February 17, 2011

Blog Terbaik Pilihan Nazterjah Adalah...


salam sume...
semalam ade join nazterjah punya segment..
kalo nak tgk klik kat sini...nazterjah
tajuk segment tu "Blog Terbaik Pilihan Nazterjah Adalah... "
x sangka plak blog ewanrani nie tersenarai dalam blog terbaik nazterjah tu...
terbaikla nazterjah...hehe
nie senarai yang menang dlm blog nazterjah tu...

blogger lelaki:
1.http://www.izamirridzwan.com/
2.http://www.unwanted86.blogspot.com/
3.http://www.budakmalaysia.com/
4.http://www.ewanrani.blogspot.com/
5.http://www.johnjeninz.blogspot.com/

blogger perempuan:
1.http://www.memorianna.blogspot.com/
2.http://www.weedaleim.blogspot.com/
3.http://www.lassiegewdix.com/
4.http://www.iyrin.blogspot.com/
5.http://www.tomatokering.blogspot.com/

kalo rajin tgk2la blog yang disenaraikan tu yek..
sume mantap2 tu...dan entries2 yang best...
lain kali nak join nazterjah punya segment plak..
kalo nazterjah buat segment conform aku join..hehe...

Read More

Tweet This

Liga Juara-Juara Eropah: Arsenal, Shakhtar menang pusingan pertama


ARSENAL VS BARCELONA (2-1)


LONDON: Perlawanan pusingan pertama 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah antara Arsenal (England) dan Barcelona (Sepanyol) di Stadium Emirates yang tamat sebentar tadi menyaksikan keputusan seperti berikut:

Arsenal 2 (Van Persie 78, Arshavin 83) , Barcelona 1 (Villa 26).
Sementara itu, di Rom, keputusan perlawanan pusingan pertama 16 pasukan terakhir di Stadio Olimpico antara AS Roma (Itali) dan Shakhtar Donetsk (Ukraine) adalah:
AS Roma 2 (Perrotta 28, Menez 61) , Shakhtar Donetsk 3 (Jadson 29, Douglas Costa 36, Luiz Adriano 41) - AFP

petikan dari berita harian...
pagi tadi pukul 3 lbh..
perlawanan antara arsenal dgn barcelona..
hebat gak arsenal nie boleh menang lawan dgn barcelona 2-1...
van persie yang golkan....
hebat kan van persie ni....
kalo kat fantasy premier league conform aku jadikan die nie captain...hehe..
van persie saje yang slalu jaringkan gol...
tu la jelah berita gempak yang nak dikongsikan hari nie..
bye2..




jom klik sini..bagaimana nak traslate bahasa melayu kepada bahasa english>> citcat

Read More

Tweet This

Wednesday, February 16, 2011

Festival Layang-Layang Sedunia bakal cipta rekod baru





PASIR GUDANG: Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ke-16 yang berlangsung mulai hari ini di Bukit Layang-Layang akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.
Catatan bersejarah itu dibuat apabila 3,000 layang-layang diterbangkan serentak pelajar sekolah rendah dan menengah dari 15 sekolah sekitar daerah ini pada majlis perasmian.

Layang-layang yang bakal diterbangkan serentak bersaiz 60 sentimeter persegi dan tertera logo KFC.
Ia secara tidak langsung mengatasi rekod lama Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo-Bintulu di Sarawak yang pernah menerbangkan 1,655 layang-layang pada 2009 oleh orang awam.

Selain itu, sambutan festival juga akan bertambah meriah apabila banyak negara baru mengesahkan penyertaannya termasuk Kuwait, Belgium, Sepanyol dan Nepal.

Melengkapkan kemeriahan festival, pelbagai acara menarik disediakan hari ini termasuk Bengkel Layang-Layang Awam dikendalikan peserta tempatan dan juga peserta antarabangsa, membabitkan negara seperti Jepun, Indonesia, India dan Austria.

Menerusi bengkel diadakan, pengunjung boleh melihat cara membuat layang-layang dari negara berkenaan serta perbezaan dan persamaan pembuatannya.

petikan berita dari harian metro...
festival layang2 nie dekat sgt dgn umah aku..
dulu kecik2 smpai dh besar skrg slalu sangat pergi sini..
best dapat tgk layang besar2 kat sini...
mana leh jumpe kat tempat lain layang2 besar2mcm nie..
layang2 gergasi sume kat sini...
layang2 luar negara pun ade gak..
mcm2 bentuk layang2 ade kat sini..
jomla kawan2 blogger kite gegar pasir gudang nie...


ape2 usha gambo nie dulu yek kawan2 sume..
kalo x de aktiviti minggu nie kite gi lepak tgk layang2 kat sini plak...
ok...bye2..

Read More

Tweet This

Tuesday, February 15, 2011

SEGMEN : Err .. Hye .. Saya Blogger Baru..


Jom sertai segmen baru dari abg ben..
salam sume
segment baru abg ben lagi...
setiap kali segment dengan pantas aku nak join punya..
biasela nak ramai kawan kena follow abg ben kite yang mantap tu..
jomla kawan2 yang blogger2 baru tu kite join nie...
best gak join abg ben nie..
dapatla ckit2 tempiasnya..
x dapat byk pn..janji dapat jumpe2 kawan2 blogger yang baru dan baik2 nie...
hehe..
ape2 pn kite terjah dulu blog abg ben yang hebat nie...
yeahhhh...



jom klik sini..bagaimana nak traslate bahasa melayu kepada bahasa english>> citcat

Read More

Tweet This

Maulidur Rasul 1432 Hijrah


assalamualaikum kawan2 blogger sume..

hari ni cuti maulidur rasul..
slalu aku time2 maulidur rasul masa kat sekolah menengah dulu join gak perarakan ke masjid..
berarak ramai2 dengan kawan2 mewakili sekolah..
masa tu aku sekolah kat Pasir Gudang..
byk syarikat2 dgn sekolah join pertandingan perarakan ini..
dengan baju melayu yang lawa2..banner yang besar2..aksesori2 yang menarik..sambil tu berselawat..
dulu berarak dari stadium pasir gudang sampai ke masjid jamek pasir gudang...
jauh tu adelah dalam 2km kot...
x pasti sgtla...tapi seronok je...ramai2 berarak..
mcm2 ragam bleh tgk...
wah bestnya kalo ingat balik zaman dulu...
ingat lagi masa tu sekolah aku menang johan perarakan lagi..
dapatla rasa hadiah dengan hamper yang byk2..
menang sekali je pn..pastu kalah blk...hehehe..
tu jelah kawan2 ku coretan pada pagi maulidur rasul..
ape2 pn marilah kite berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W yek..
byk pahalanya..
kat bawah nie letak ckit video nyayian maher zain..

THE CHOSEN ONE..




ape2 pn layan video nie dulu
bye semua
assalamualaikum..
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 hijrah

Read More

Tweet This

Monday, February 14, 2011

SEGMEN : Tanya sama BEN ASHAARI - VLOG2


Jom sertai segmen baru dari abg ben..

macam best je segment abg ben ini..
aku nak join gakla..
bila join leh dapat ramai2 kawan bloggger...heheh
soalan yang aku nak tanya abg ben ialah:
aku nak tanya mengenai sejak bilakah abg ben berkecimpung dalam bidang blogger nie dan apakah impian abg ben dalam dunia blogger yang masih belum tercapai bagi abg ben??? 
hah itu die soalan aku nak tanya abg ben
aku harap soalan aku nie dijawab oleh abg ben dgn ikhlasnya...
mesti abg ben ade impian yang lagi tinggi dalam dunia blogger nie..
aku pun nak tau gak...hehe..
 ape2 jom kawan2 join sama2 tanya abg ben nie...hehehe 


Read More

Tweet This

Sunday, February 13, 2011

Broga Hill...


salam sume..
hari nie nak share plak pengalaman pergi broga hill...
broga hill nie dah famous la jugak..
broga hill nie dkt sempadan selangor dengan negeri sembilan..
kalo naik atas bukit tu nampakla kedua2 buah negeri nie sekaligus..
aku naik masa tu pukul 3 pagi..
naik awal2 pagi sebab nak tgk matahari terbit...
lawa dapat tgk ciptaan tuhan yang sungguh indah ini..
jom2 tgk gambo nie dulu....
gambar pandangan dari atas negeri selangor

melukis menggunakan cahaya..idea faisal apardi..
duduk di puncak yang dingin menanti matahari..
matahari sudah terbit disitu..hehe..lawa2..
nordin nak terjun ke bawah


 hah tu jelah gambo yang sempat di upload...
banyak lagi gambo nak tunjuk..
kalo tunjuk x bestla...x surprise...
kalo nak best datang lagi eh..
guna google map je kalo nak gi sana..
ape2 pn enjoy gambo nie...
bye2....

Read More

Tweet This

jom kawan2 join churpchurp plak...




hari ni aku dah join  kempen yang boleh aku dapat duit darinya..
dan aku dah bg kat kawan2 blogger  aku tok klik link2 ni..
pasni korang buatla pulak mcm nie eh....
dah klik bg tau nnt saya klik yang korang punya pulak yek…
kite bagi untung sama2..betul x kawan2...
ape2 pun thank kawan2 semua…hehe

jomla kawan2 klick tau...






Read More

Tweet This
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...