Friday, February 11, 2011

Sejuta pengunjung dijangka hadir sambutan Hari Belia


petikan berita harian...

jom kawan2 kite pegi hari belia nie..
kite kan belia muda harapan bangsa...
banyak aktiviti menarik nie...mcm2 aktiviti sihat dan bermanfaat nie...
waaaa mcm best je tgk...
aku nak try pegi jugakla..
leh cukupkan sejuta org.....



PUTRAJAYA: Kira-kira sejuta pengunjung dijangka menghadiri sambutan Hari Belia 2011 yang bertemakan "Seribu Keriangan dan Sejuta Peluang" dari 27 hingga 29 Mei depan di Putrajaya berbanding 250,000 orang tahun lalu.

Bagi mencapai sasaran itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata 200 acara menarik disediakan membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan, 93 acara kerohanian dan keilmuan manakala bakinya membabitkan persembahan serta pertunjukan.
"Setakat ini, 463 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan sudah pun mengesahkan penyertaan dalam bentuk penajaan dan penganjuran pelbagai acara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Bilik Sekretariat dan Kalendar acara Sambutan Hari Belia 2011, di sini hari ini.
Beliau berkata, sejak tahun lalu, Hari Belia mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak berbanding dengan sebelum ini apabila majlis diadakan di sebuah dewan dengan menyajikan beberapa ucapan.

"Kita mahu melihat aktiviti belia... bukannya kita panggil belia untuk mendengar ucapan dengan sedikit aktiviti. Kali ini kita beri peluang bagi belia untuk mempersembahkan aktiviti masing-masing dan kita saksikan apa yang mereka persembahkan," katanya.

Ahmad Shabery turut meminta belia dan orang ramai menggunakan sambutan selama tiga hari itu untuk menerokai peluang pekerjaan, perniagaan, keusahawanan, kewangan, perbankan dan bimbingan daripada teknorat serta pihak korporat.

Sebanyak 17 negara iaitu Asean+3 dan Negara-negara Komanwel di Asia turut serta dalam sambutan itu dengan mempamerkan produk-produk mereka.
Sebagai simbolik bermulanya sambutan itu, Ahmad Shabery melepaskan Konvoi Jelajah Negara bagi mempromosikan sambutan terbabit dan memasang kain rentang gergasi di bangunan kementeriannya.

Dianggarkan terdapat 11.9 juta belia atau 41.5 peratus belia daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini. - BERNAMA
Tweet This

4 comments:

Lydia Miza said...

Selamat hari belia buat semua..

ewanrani said...

selamat hari belia untuk semua...belia pemaju negara...hehehe

Admin said...

sangat berminat..
harap2 berpeluang,
hehehe..

ewanrani said...

jomla kite join ramai-ramai..
bagi cukup sejuta..
aktiviti pun sangat menarik tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...