Tuesday, May 24, 2011

Lepas nafsu tempat awam


assalamualaikum...
selamat pagi semua..
hari ini ewanrani nak kongsi berita hangat masa kini...
berita ini diambil dari berita harian...
hangat la jugak...berita masalah sosial nie..
x habis2 lagi smpai skrg..dengan kes buang bayi lagi...sadis betul...
zaman skrg kat tempat awam pun jadi tuk lepaskan nafsu serakah tu...
nak tahu berita pasal ape..
jom baca berita nie dulu...

Sepasang remaja berpelukan dirakam pihak penguasa Jabatan Pembangunan Insan MPKB-BRI di Taman Perbandaran Tengku Anis, semalam.
Sepasang remaja berpelukan dirakam pihak penguasa Jabatan Pembangunan Insan MPKB-BRI di Taman Perbandaran Tengku Anis, semalam.
Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat jadi medan berahi




KOTA BHARU: Pengunjung Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat di sini, kesal apabila taman awam yang dibina Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk beriadah dan menghabiskan cuti hujung minggu dengan keluarga, dicemari perbuatan segelintir pasangan remaja yang melakukan adegan tidak senonoh.

Malah, remaja itu sanggup bersembunyi di kawasan terpencil taman awam berkenaan sebagai tempat memadu kasih bersama pasangan masing-masing walaupun kemudahan awam itu dikhaskan bagi kegiatan beriadah penduduk bandar Kota Bharu.
Tinjauan Berita Harian ke taman itu mendapati ramai pengunjung datang berjoging, selain ibu bapa membawa anak masing-masing bermain papan gelongsor, buaian serta kemudahan kolam renang untuk kanak-kanak dibina MPKB.
Namun, segelintir pasangan remaja sengaja mengambil peluang menyalahgunakan tempat awam itu untuk melakukan perbuatan tidak sopan seperti bercumbuan tanpa segan silu dilihat pengunjung lain yang sedang berjoging di sepanjang laluan kira-kira tiga kilometer trek pejalan kaki.

Malah, ada di antara pasangan sedang asyik bercumbu itu tidak menyedari perbuatan mereka dirakamkan anggota penguat kuasa Jabatan Pembangunan Islam (JPI) MPKB yang kerap menjalankan rondaan.

Seorang pelajar Politeknik Kuala Terengganu, Nor Aznie Effatin Azid, 21, berkata dia kerap berkunjung ke taman itu bersama ahli keluarga untuk beriadah terutama pada waktu petang sambil membawa adiknya yang kecil berenang di kolam.

"Namun, amat memalukan apabila segelintir remaja datang memadu asmara dengan pasangan masing-masing dan mereka duduk di tempat tersembunyi berhampiran kandang rusa di belakang taman ini," katanya.
Nor Aznie Edffatin, berkata perbuatan pasangan remaja sengaja melakukan perbuatan tidak sopan itu boleh menjadi ikutan kepada pengunjung remaja lain, selain pengaruh tidak baik kepada kanak-kanak yang mungkin terlihat kelakuan serong itu.

Pendapat itu turut disokong Pakar Pergigian Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Rozita Hassan, 42, yang meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) MPKB lebih kerap memantau persekitaran taman itu.

"Taman Perbandaran Tengku Anis ini satu-satunya tempat beriadah penduduk bandar bersama keluarga kerana mempunyai pelbagai kemudahan lengkap sama ada untuk golongan dewasa atau kanak-kanak.

"Namun, saya kesal kerana masih ramai golongan remaja menyalahgunakan kemudahan awam ini untuk melakukan maksiat seperti berasmara yang pastinya memberi imej negatif kepada pengunjung lain," katanya.

Beliau berkata, orang awam tidak boleh 100 peratus menyalahkan MPKB kerana remaja yang terbabit perbuatan sumbang di tempat awam itu disebabkan kurangnya didikan agama dan kegagalan ibu bapa mendidik mereka.

Sementara itu, Setiausaha MPKB, Mohd Anis Hussein, berkata sejak Januari hingga Mac lalu, pihaknya mengambil tindakan mengkompaun 127 remaja di bandar ini dengan kutipan RM29,490.

Katanya, mereka ditahan di taman awam, pasar raya, lorong gelap sekitar bandar, selain di sepanjang hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini antara jam 5 petang hingga jam 12 tengah malam menerusi Operasi Bersepadu dengan kerjasama Jabatan hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK), polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan.

Mohd Anis berkata, pihaknya akan melipatgandakan usaha bagi membanteras kegiatan sumbang itu supaya imej MPKB sebagai Bandaraya Islam tidak tercemar kerana tindakan segelintir remaja.


perghhh macam2 zaman skrgkan..
kat tempat awam pun jadi..
kat Kelantan plak tu..
semoga berita nie dijadikan pedoman tuk semua kawan2 yek...
ok...bye2 semua..
assalamualikum..
Tweet This

13 comments:

Mak Jemah said...

x tau la apa nak jadi dgn remaja zaman skang...dunia nak khiamat dah..

Azlan Strider said...

ape laa bingai jenis manusia nie..kalo da gersang sgt pegi je check in hotel RM30..kalo kena tangkap basah nnt untung2 kawin free..hahahaha

Regards,
-Strider-

arituarini said...

keja gila dah ni..tk awam pun jd jugak...nk buat,buat malam2 la..kena tgkap tngung sndiri..tk de la org ramai tgok..hehe

ewanrani said...

@eza : tu la..makin lama makin teruk kak..kat tempat awam plak tuuu...

ewanrani said...

@azlan hasan : haha..kawin free ka...bahaya gak tu...nie tahap teruk sgt dh..

Budak Botak said...

adeiiiii, nie sebab xda rasa malu dlm diri dh...

Entry terbaru -> Budak Botak Terpaksa Dedahkan RAHSIA Ni Kepada Cik Anon Semua... (",)

Cik Nor said...

apabila berdua mesti ader yg ketiga....so jgn suka dok berdua2 ngn bukan muhrim...klu tak inilaj jawapannyer...klu dah rasa ckup umur cepatlah kahwin...nak buat aper pon tak kshlah....

m!3yr4h_LolLy said...

macam2 sekarang nie.. aishh..

Shafiq said...

pergh.. macam2..

Naked Chef said...

Astagfirullah macam2 berlaku..Klik sini

saya_arief said...

dunia akhir zaman.

Mr Paktam said...

ish ish anak sapa nihh..harap pihak2 yang berkenaan rajin-rajin la memantau..jgn tunggu org lapor baru nak buat keja..

Mr Laici said...

aduh.. macam2 sekarang nie..

http://ikhwandanblog.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...