Monday, January 9, 2012

Segment F.H | Santai Blogger!


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Segment F.H | Santai Blogger!

lama plak x join segment2 dari otai2 blogger nie..blog ewanrani telah di tag oleh kak Mia... Nasib baik segmen ni simple. ewanrani lahir pada bulan June. .senang je kan join segment dari blog final Hope nie...mcm syok je bila dh lama  x join segment2 nie..okla nak tag kawan2 lain la....hackers, abg teror dan al-qassam...mari ramai-ramai kite join segment nie...leh kenal bloggger2 baru dan boleh tahu bulan lahir diorg...



Read More

Tweet This

Sunday, January 8, 2012

VIDEO GOL PERLAWANAN KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN | PIALA SUMBANGSIH 2012


Assalamualikum dan salam sejahtera..

Jom layan Video Gol Kelantan vs Negeri Sembilan 7 Januari 2012. Gol pertama perlawanan yang dijaringkan oleh Pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan ia disamakan oleh pemain import Negeri Sembilan, Owona.seterusnya gol kemenangan dijaringkan oleh Owona juga...


KEPUTUSAN KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN
Kelantan     1     vs     2    Negeri Sembilan


VIDEO PENUH GOL PERLAWANAN KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN



Smart jugak jaringan gol oleh pemain import nie...x sia-sia Negeri Sembilan beli pemain nie..memang Power..



Read More

Tweet This

Saturday, January 7, 2012

Panduan Polis Kepada Peserta Perhimpunan bebas Anwar 901


assalamualaikum dan salam sejahtera..


SEBARKAN - Panduan Polis Kepada Peserta Perhimpunan 901


Berikut adalah garis panduan yang dikeluarkan pihak Polis DiRaja Malaysia berhubung kebenaran berhimpun kepada para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin depan.
Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di pakir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :
1. Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
3. Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.
5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir Mahkamah.
7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Read More

Tweet This
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...